CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 8, 2009

Sompoton













Sompoton alat muzik tradisional Sabah

Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat muzik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.

Dengan meniup atau menyedut mulut labu, si pemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa kepingan kecil polod (seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi.

Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin Iebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan. Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.

Semasa memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip tcrpendek serta hadapan dan belakang paip yang Iebih panjang dengan jari tangan kiri.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Asalnya sompoton in datang dari Kampung Tikolod, Tambunan.Ianya popular di kalangan suku kaum Kadazandusun dan sesetengah kaum Murut.





2 comments:

Anonymous said...

alue..hoho...bagus2

Anonymous said...

hello there,

thank you for the upload,
really need this kind of information.
good luck!

daVinci

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...