CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 8, 2009

Sompoton













Sompoton alat muzik tradisional Sabah

Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat muzik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.

Dengan meniup atau menyedut mulut labu, si pemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa kepingan kecil polod (seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi.

Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin Iebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan. Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.

Semasa memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip tcrpendek serta hadapan dan belakang paip yang Iebih panjang dengan jari tangan kiri.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Asalnya sompoton in datang dari Kampung Tikolod, Tambunan.Ianya popular di kalangan suku kaum Kadazandusun dan sesetengah kaum Murut.





Wednesday, January 7, 2009

Anugerah PERTISA 2008[sabah]


Anugerah PERTISA 2008

Majlis Anugerah PERTISA 2008 telah diadakan pada 06 Desember 2008 (sabtu) bertempat di Bangunan KDCA Penampang. PERTISA merupakan akronim untuk Persatuan Artis Tempatan Sabah. Anugerah PERTISA pertama kalinya berlangsung pada tahun 2004. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah , Datuk Masidi Manjun dalam ucapan beliau menekankan keutamaan perlu diberikan kepada artis tempatan sabah kerana pengiat seni Sabah juga berbakat besar.
Keputusan Anugerah PERTISA.


1. Penyanyi lelaki popular : Joseph Majakui
2. Penyanyi wanita popular : Esther Elizabeth Applunis
3. Pelakon lelaki popular : Abu Bakar Ellah@Ampal (orang kita1)
4. Lagu paling popular : ‘sayang kinabalu’ oleh Kimin Mudin (Lirik/Lagu: Asmin Mudin)
5. Telemovie paling popular : orang kita1 (skyline enterprise)
6. Tokoh lagu tempatan : Asmin Mudin
7. Anugerah khas lakonan : Abu Bakar Ellah@Ampal
8. Anugerah khas utama : Mendiang John Gaisah
9. Artis paling popular : Ivy Alexandra


Lagu ‘Sayang Kinabalu’ telah dijadikan lagu tema pelancongan sabah dengan kontrak 10tahun.
MAJULAH INDUSTRIS SENI SABAH!!! (^________^)

Eksplorasi Seni Visual (MAKUM 2008)






Eksplorasi Seni Visual (MAKUM 2008)
Tarikh:14-20 Disember 2008
Tempat: Biro Tata Negara dan Strawberry Garden, Kundasang.
Tema: “INTEGRASI INTELEKTUAL MELALUI SENI VISUAL”


Anjuran sekolah pengajian seni, Universiti malaysia sabah dengan kerjasama Majlis kebudayaan university-universiti malaysia (MAKLUM)


Objektif
· Mendokumentasikan sumber idea keindahan semulajadi kepulauan Borneo elalui kajian seni visual.
· Mempamerkan karya seni visual yang dihasilkan oleh mahasiswa IPTA Malaysia.
· Bertukar-tukar fikiran dengan penceramah yang berpengalaman dalam bidang seni visual.
· Melahirkan pelukis berintelektual, berbakat dan berketrampilan dalam bidang seni visual.


Tentatif ringkas program

14 disember 2008(ahad)
-Pendaftaran
-Bermalam & makan di Kolej kediaman UMS(Kingfisher).
-Taklimat program


15 disember 2008(isnin)
-Sarapan di Kolej kediaman UMS(Kingfisher).
-Bergerak ke Strawberry Garden.
-Aktiviti 1-mengenalpasti sumber idea.
*Kinabalu park
*Ladang teh, Ranau.
* Taman poring, Ranau


16 disember 2008(selasa)
-Bergerak ke Biro Tatanegara, Kundasang(BTN).
-Sarapan di BTN.
-Aktiviti 2-melakar catan
-Makan tengahari

-Aktiviti 3-berkarya melalui catan
-Minum petang
-Aktivit 4-berkarya mealui catan
-Makan malam
-ceramah


17 disember 2008(rabu)
- sarapan di BTN.
- Sambung berkarya
- Makan tengahari
- Persiapan akhir berkarya
- Minum petang
- Makan malam
- Sesi kritikan


18 disember 2008(khamis)
- Sarapan di BTN.
- Menghantar & menyusun karya di Dewan BTN.
- Makan tengahari
- Penilaian karya oleh juri jemputan.
- Perasmian pameran/penutupan persembahan dan penyampaian hadiah di Dewan BTN.


19 disember 2008(jumaat)
- Sarapan di BTN.
- Bergerak ke UMS.
- Lawatan sekitar pekan Kundasang & Kota Kinabalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...